Fatwa Mengenai Minyak Wangi
Halal Haram Minyak Wangi Beralkohol

Ulama' dahulu menghukumkan minyak wangi atau perfume yang mengandungi alkohol sebagai najis dan haram kerana mungkin pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap secara meluas hakikat alkohol. Bagaimana ia terjadi, prosesnya dan apakah ianya sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar (arak) dan seterusnya.

Tetapi ulama' - ulama' sekarang mengeluarkan fatwa bahawa ianya tidak najis dan boleh dibawa pakai untuk sembahyang. Fatwa yang dikeluarkan ini berdasarkan hasil kajian yang menyeluruh dan dapat menyingkap hakikat penggunaan alkohol secara meluas dalam kehidupan manusia sejagat.

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :

" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.

3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa : " Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum- nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."

4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab "An Najaasaat" juzu' 1 menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas
dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat dengan Syeikh Rashid Redha (rh).


Kenapa dahulu kata NAJIS dan HARAM dan sekarang SUCI, HALAL dan DIBOLEHKAN pula ? Apakah hukum dalam Islam boleh diubah sesuka hati ?

Jawapan kepada keraguan dan salah faham di atas adalah seperti berikut :

1. Sayyidina Umar Al Khattab (ra) menegaskan : " Perbezaan hukum ijtihadi adalah disebabkan perbezaan lingkungan/persekitaran dan daerah."

2. Imam Ibnu Qayyim (rh) mengatakan bahawa ; "fatwa berubah dan berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."

3. Berpegang dan berpandukan kepada fatwa kerana fatwa yang dikeluarkan bukan dari kalangan para ulama' sahaja sebaliknya melibatkan sekali mereka yang ber- kepakaran dalam bidang
berkenaan.