Profil
collector's perfume



Di Collector’s Perfume, kami menawarkan minyak wangi yang diinspirasikan oleh jenama-jenama antarabangsa yang terkenal. Collector’s Perfume adalah di bawah pengurusan Art Mechanix, sebuah syarikat yang berpengkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Minyak wangi yang kami tawarkan datang dalam berbagai bentuk dan bau-bauan, dengan pilihan roll-on mahu pun spray. Kami mempunyai 100 jenis wangi-wangian dengan tawaran harga yang berpatutan mulai RM5 sehingga RM40.

Minyak wangi yang kami tawarkan sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa; minyak wangi jenis spray sesuai dipakai di rumah, waktu pejabat, bersukan dan bersantai. Minyak wangi roll-on pula sesuai untuk dibawa kemana-mana dan sesuai dipakai untuk bersolat.